Friday, May 14, 2010

Aku bersujud..







ya Allah

kekalkan cinta kami di dunia dan akhirat

ya Allah

masukkan kami ke dalam surga firdaus-Mu

agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya

ya Alah

berikan sentuhan cinta-Mu yang agung

tiada kuasa aku berbuat

kecuali bersujud kepada-Mu

Illahi, setiap kali bila kurenungkan kemurahan-Mu

yang begitu sederhana mendalam

akupun tergugu

dan membulatkan sembahku pada-Mu

Wednesday, May 12, 2010

Cinta








Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

Tuesday, May 11, 2010

Jika ia sebuah cinta



Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar..namun sentiasa bergetar.. ia tak buta namun sentiasa melihat dan merasa ... ia tak menyeksa namun sentiasa menguji.. ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.. ia tidak cantik namun sentiasa menarik.. ia tak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dgn hati... ia tak terucap dgn kta namun sentiasa hadir dgn sinar mata... ia tak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi.. ia mungkin tak suci, namun sentiasa harmoni.. ia tak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.... Jika ia sebuah cinta.... ia tak hadir dgn kekayaan dan kebendaan..namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan....
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...