Aku teringat kisah 11 tahun dahulu. ketika itu aku berusia 12 tahun banyak aktiviti yang dijalankan disekolah. Termasuk rekacipta. Masa ni aku tak tau mahu cipta apa. Tiada idea, tambahan lagi aku ni bukanlah jenis yang kreatif atau bijak dalam hal2 rekacipta ni.. Kawan2 lain dah siap merekacipta bahan2 yang ku anggap begitu kreatif dan berguna, ada yang mencipta troli, bahan kitar semula macam2 ada....memang best.. tapi aku,aku hanya dapat buat sebuah replika rumah kayu, serupa dengan rumah ku sendiri. Tapi mesti orang tak percaya kalau aku kata aku yang merekacipta dan menukang replika rumah kayu tu kan?.... Memang pun,bukan aku yang buat, aku cuma jadi pemerhati dan tukang komen... yang buat semuanya...Bapa....
Bapa yang sangat perihatin pada anak2nya... walaupun masa tu aku ni boleh juga dikatakan antara anak yang kurang baik selalu melawan cakap orang tua, tapi bapa tak pernah ambil hati, tak pernah marah, hatinya cukup tegar dan lembut untuk menghadapi kami anak2nya... rumah kayu tu siap dalam beberapa jam saja..cuma menggunakan plywood dan paku kecil,aku cuma buat tangga rumah tu saja.. aku masih ingat lagi masa tu, bapa tekun dan penuh kesabaran untuk menyiapkan rumah kayu itu.... Sedangkan aku, sibuk komen rumah ni tak cantik, tapi bapa tetap meneruskan kerjanya....sedikit pun tak menujukkan riaksi marah atau berkecil hati dengan kata2 ku.... Bapa cakap ini macam rumah kita.... aku ingat lagi masa tu aku memang tak menghargai usaha dan kepenatan bapa....aku komen ikut suka hati saja.... aku langsung tak fikir perasaannya...
Keesokkan harinya, aku pun pergi sekolah dengan membawa replika rumah kayu ku... bapa yang menghantar kami ke sekolah....sewaktu semua hasil kerja dikumpul, ramai yang memuji rumah kayu ku.... sebab betul2 macam rumah yang sebenar.. bapa sempat meletakkan langsir untuk rumah kayu ku...dan langsir tu pun,sama dengan kain langsir rumahku yang sebenar... Bapa betul2 berusaha untuk menyiapkan rekacipta ku...walaupun bunyinya yang sepatutnya "Rekacipta bapa ku"... sedang orang ramai memuji rumah kayuku, aku rasa bangga dan mengaku aku yang buat sendiri... jahat dan tak jujur..padahal pasti orang tak percaya.. aku tak pernah mengucapkan terima kasih pada bapa... aku memang tidak pernah menghargai usahanya...dan bapa sedikit pun tidak pernah mengungkit setiap pengorbanannya... cuma aku yang sering memberontak atas segala permintaannya dan suruhannya.... malah bapa tak pernah bosan menjawab setiap pertanyaanku... walaupun cara ku bertanya kasar dan melukakan hatinya.. begitulah pengorbanan besar seorang bapa yang tak pernah aku hargai dan sedari waktu itu.... sehingga aku terus- terusan mengabaikan perasaanya dan tak ambil peduli...
sekarang aku sudah berusia 23 tahun dan banyak berdosa dengan mak dan bapa... entah kenapa aku tiba2 teringat kisah ini.... aku sedang menjalani kursus pemaju masyarakat di Kuantan, Pahang... kursus yang banyak menyedarkan aku dan membuatkan aku berfikir tentang semua pengorbanan org tua kita.... sayu hati tu mengenangkan setiap kisah yang berlalu...yang aku abaikan....semua tanggungjawab yang sepatutnya aku jaga dan laksanakan.....
aku mau menjaga kedua orang tua ku...ku harapkan Allah yang selalu bersama hambanya membantu dan memakbulkan setiap doa yang ku panjatkan buat mak dan bapa.... yang sering aku lukanan hatinya..... amin...