Sunday, August 7, 2011

Arrghh!!!... Pitam...


Awal subuh tadi, hubby ku pitam dah terus rebah.. keadaannya selalu begini..bila saja bagun dari tidur selalu merasa pitam... mungkin sebab dia terus2 berdiri selepas bagun dari tidur.... aku terkejut dan terus menjerit.... panggil2 dia "papa"!!.... tp tiada respon...sebab dia cakap dia dapat dengar aku tapi langsung nda nampak aku di depannya.... sebab terlalu takut... aku terus terjerit2 dan peluk dia.... tp..lepas saja dia sedar boleh2 dia ketwakan aku,sebab aku menjerit.... dia buat aku takut.... sebab sepanjang aku bersama dia...ini kali pertama dia terus rebah begitu.... aku ingatkan ada orang lain masuk rumah.... rupanya dia mau p halau tu tikus d dapur... tp terus2 sja bagun x duduk dulu selepas buka matanya.......

..................................



Di bawah ni aku kongsikan sedikit fakta mengenai pitam...... jom baca.....

apa yang menyebabkan pitam...?

pitam adalah satu fenomena biasa dikalangan orang muda. Dalam kebanyakan kes ia bukanla satu kes yang serius. Tiada rawatan spesifik diperlukan. Ia dikenali sebagai syncope dikalangan masyarakat perubatan.

syncope adalah istilah perubatan untuk pitam yang berlaku sercara tiba- tiba, biasanya sekejap tetapi boleh menjadi pengsan (tidak sedarkan diri) disebabkan peredaran darah dan oksigen yang tidak cukup ke otak. Ia didahului dengan tanda- tanda seperti pening, kulit menjadi sejuk, pandangan berkabur atau lemah seluruh badan.

Sebelum seseorang itu pitam, berlaku perubahaan dalam keseimbagan saraf dan peredaran darah, menyebabkan jumlah darah yang mengalir ke otak berkurang. Selepas itu beliau kehilangan perimbangan badan dan jatuh.

Apabila berbaring, aras kepala perlu berada sama dengan aras jantung. Darah akan kembali ke otak dan seseorang itu akan sedar dalam masa beberapa minit.

Maka jika seseorang pitam atau pengsan, jangan cuba dudukkan pesakit. Jangan alaskan kepala pesakit dengan bantal. Ini menyebabkan aras kepala lebih tinggi dari jantung. Pengaliran darah ke otak akan perlahan, dan pesakit tidak pulih dari pitam atau pengsan.

JAGA KESIHATAN.............


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...