Wednesday, January 5, 2011

Kekuatan Api Cinta


Alkisah suatu ketika dahulu.... kapak, gergaji, palu dan nyala api sedang mengadakan suatu perjalanan bersama- sama. Di suatu tempat perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan. Mereka berusaha menyingkirkan besi waja tersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing- masing..."Itu dapat aku singkirkan." kata kapak. Pukulan- pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti... "Sini, biar aku yang urus," kata gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, ia pun mulai mengergaji. Tapi terkejut dan kecewa. Semua giginya jadi tumpul dan jatuh. "Lihat, aku sudah cakap," kata palu. "Kan aku sudah cakap anda semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya." Tapi baru sekali ia menukul, kepalanya terpantul sendiri, dan besi tetap tak berubah. "Boleh aku cuba?" Tanya nyala api. Dan ia pun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk dan mendakap besi itu erat2nya seperti tak mahu melepaskannya lagi. Besi keras itupun meleleh cair...



Renungan::
Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga tinggi. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangantan, seperti api mencaikan hati yang dingin.......

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

Selamat datang 2011.....selamat tinggal 2010.... yang bnyk tinggalkan kenangan yang pahit dalam hidup aku.....sangat mencabar dan menjadikan aku lebih menghargai kehidupan....semuanya seolah2 1 mimpi,,,kita tido, bangun, menjalankan aktiviti harian kita, makan, minum....semuanya lengkap untuk kita meneruskan kehidupan..cuma kadang masih ada yang kurang...masih ada yang belum memuaskan....masih ada yang diimpikan belum dikecapi....tapi cukup untuk aku kerana tahun ini tahun2 yang cukup mencabar,fikiran,hati,jiwa...mahupun fizikalku.....aku harapkan semuanya berlalu dan membawakan sinar yang baru dalam hidup tahun ini (2011) aku harap cahaya datang dalam hidup...membawa aku untuk menyelusurinya,,,agar lebih tabah,sabar dan cekal dalam menempuhi kehidupan dan ujian yang diberikan olehNya.... InsyaAllah....

for my love ..... (yassin) di mana pun papa berada,doa mama selalu untuk papa,dalam setiap ketika... semoga apa yang kita lalui sebelum ni menjadikan kita lebih menghargai diri masing2....sayang antara kita cukup banyak....cinta kita juga,,,jaga walaupun papa jauh.... mama doakan papa baik2 disana.... sentiasa diliindungi dan dirahmati olehNya... semoga apa yang kita rancangkan untuk tahun ini (2011) akan berjalan dengan lancar.... Amin ya rabbal'alamin.....

untuk keluarga...aku bersyukur,kerana walau apa pun yang berlaku mereka tetap ada untuk aku....cuma aku yang khilaf dan tidak pernah memahami dan menghargai..... love my family....

Thursday, December 30, 2010

Penawar sakit kepala




Aduh............Sakitnya kepala ku....ni asal sakit kepala mesti tak dapat bagun,,rasanya teruk betul...kadang2 sampai termuntah sebab sakit kepala ni....
ni aku kongsikan penawar sakit kepala yang boleh kita amalkan bersama....:

1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini:
  • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
  • kemudian basahkan kepala dengan air daun sirih tersebut sambil memicit2 kepala selama 15 minit.
2. Tumbuk 6 helai daun sawi hingga lumat. campurkan dengan sedikit garam,lumurkan serta gosokkan perlahan- lahan pada dahi dan pelipis.

3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut menjadi lembut.

4. Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar sehingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. biarkan semalaman.'

5. Rebus sebiji kulit manggis denga 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya...

inilah antara petua orang2 tua yang diamalkan sejak turun termurun...sebab semua ni lebih jimat, berkesan dan tiada kesan sampingan yang berbahaya....hehehe....

Sunday, December 26, 2010

Nilai Sebuah Persahabatan

* Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas. Dakwat memberi erti apabila tercatatnya di atas kertas.

* Persahabatan itu umpama kuku dan jari. Tanpa kuku jari tiada seri.

* Persahabatan itu umpama daun dan bunga. Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik.

* Persahabatan itu umpama nasi dan lauk. Tanpa keduanya hilangla selera laparla perut.

*Persahabatan itu umpama gincu dan bibir. Calitkan gincu agar bibir terserlah keayuaannya.

* Persahabatan itu umpama deria manusia. Tanpa salah satunya, hilangla nikmat rasa.

* Persahabatan itu terjalin antara kita jangan diputuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.

Aku mahu jadi sahabatmu, aku mahu jadi pendengarmu,aku mau sentiasa bersahabat walau apa pun terjadi kerana semuanya sahabat sejatiku.

Friday, December 24, 2010

Lirik Lagu Takkan Pisah

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

repeat reff:

True Love



Aku membuang pandangan ku jauh2 keluar tingkap... semua kenangan yang dulu pernah kita ciptakan bersama bermain difikiranku... semuanya bagai satu mimpi.... sungguh cepat masa berlalu semua kenangan itu cuma menjadi memori indah antara kita.... moment2 itu ku rakamkan dalam minda..hati dan jiwaku...walau tiada backup pun masih mampu untuk dikenang...tak mungkin terhapus.... kita sang pencinta yang menghakimi kehidupan dan jalan cerita cinta kita.......

Thursday, December 23, 2010

Tinggalkan Masalah anda Sebentar

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang stress management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya. "Berapa beratkah segelas air pada fikiran anda semua?".. Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram...

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan betambah.

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya". "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengankatnya lagi". Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini. Cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat, ambilla kembali...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.......hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...