Aduh............Sakitnya kepala ku....ni asal sakit kepala mesti tak dapat bagun,,rasanya teruk betul...kadang2 sampai termuntah sebab sakit kepala ni....
ni aku kongsikan penawar sakit kepala yang boleh kita amalkan bersama....:
1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini:
- Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
- kemudian basahkan kepala dengan air daun sirih tersebut sambil memicit2 kepala selama 15 minit.
3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut menjadi lembut.
4. Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar sehingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. biarkan semalaman.'
5. Rebus sebiji kulit manggis denga 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya...
inilah antara petua orang2 tua yang diamalkan sejak turun termurun...sebab semua ni lebih jimat, berkesan dan tiada kesan sampingan yang berbahaya....hehehe....
No comments:
Post a Comment