Thursday, December 30, 2010

Penawar sakit kepala




Aduh............Sakitnya kepala ku....ni asal sakit kepala mesti tak dapat bagun,,rasanya teruk betul...kadang2 sampai termuntah sebab sakit kepala ni....
ni aku kongsikan penawar sakit kepala yang boleh kita amalkan bersama....:

1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini:
  • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
  • kemudian basahkan kepala dengan air daun sirih tersebut sambil memicit2 kepala selama 15 minit.
2. Tumbuk 6 helai daun sawi hingga lumat. campurkan dengan sedikit garam,lumurkan serta gosokkan perlahan- lahan pada dahi dan pelipis.

3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut menjadi lembut.

4. Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar sehingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. biarkan semalaman.'

5. Rebus sebiji kulit manggis denga 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya...

inilah antara petua orang2 tua yang diamalkan sejak turun termurun...sebab semua ni lebih jimat, berkesan dan tiada kesan sampingan yang berbahaya....hehehe....

Sunday, December 26, 2010

Nilai Sebuah Persahabatan

* Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas. Dakwat memberi erti apabila tercatatnya di atas kertas.

* Persahabatan itu umpama kuku dan jari. Tanpa kuku jari tiada seri.

* Persahabatan itu umpama daun dan bunga. Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik.

* Persahabatan itu umpama nasi dan lauk. Tanpa keduanya hilangla selera laparla perut.

*Persahabatan itu umpama gincu dan bibir. Calitkan gincu agar bibir terserlah keayuaannya.

* Persahabatan itu umpama deria manusia. Tanpa salah satunya, hilangla nikmat rasa.

* Persahabatan itu terjalin antara kita jangan diputuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.

Aku mahu jadi sahabatmu, aku mahu jadi pendengarmu,aku mau sentiasa bersahabat walau apa pun terjadi kerana semuanya sahabat sejatiku.

Friday, December 24, 2010

Lirik Lagu Takkan Pisah

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

repeat reff:

True Love



Aku membuang pandangan ku jauh2 keluar tingkap... semua kenangan yang dulu pernah kita ciptakan bersama bermain difikiranku... semuanya bagai satu mimpi.... sungguh cepat masa berlalu semua kenangan itu cuma menjadi memori indah antara kita.... moment2 itu ku rakamkan dalam minda..hati dan jiwaku...walau tiada backup pun masih mampu untuk dikenang...tak mungkin terhapus.... kita sang pencinta yang menghakimi kehidupan dan jalan cerita cinta kita.......

Thursday, December 23, 2010

Tinggalkan Masalah anda Sebentar

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang stress management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya. "Berapa beratkah segelas air pada fikiran anda semua?".. Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram...

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan betambah.

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya". "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengankatnya lagi". Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini. Cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat, ambilla kembali...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.......hehe

Kedamaian Hati adalah Kedamaian Sejati

Seorang raja mengadakan sayembara dan akan memberikah hadiah kepada sesiapa saja yang mampu melukis tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi hadiah pertandingan tersebut. Sang raja berkeliling melihat- lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang benar - benar disukainya. Tapi sang raja harus memilih satu di antara kedua- duanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga bagaikan cemin sempurna yang memantulkan kedamaian gunung ganang yang tenang menjulang disekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak- arak. Semua yang memandang lukisan tersebut akan berpendapat bahawa itulah lukisan terba
ik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua juga menggambarkan tentang kawasan pergunungan. Namun tampak kasar dan gondol. di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunya hujan badai dan petir sambung menyambung. Di sisi gunung ada air terjun deras yang berbuih2, sama sekali tidak menampakan ketenangan dan kedamaian.

Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian raja. Dibalik air terjun itu tumbuh semak- semak kecil di atas sela- sela batu, di dalam semak - semak itu seeokor ibu pipit meletakkan sarangnya. Jadi, ditengah- tengah riuh ren
dahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar- benar damai.

Kalau saudara pembaca, lukisan manakah yang rasa- rasanya memenangi pertandingan itu? Bagi sang raja, baginda memilih lukisan kedua. Tahukah anda mengapa? Kerana jawab sang raja. "Kedamaian bukan bererti anda harus berada ditempat yang tanpa kekacauan, kesukaran atau pekerjaan yang teruk atau sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun anda berada di tengah huru - hara luar biasa.

moral : Kedamaian hati adalah kedamaian sejati...........
fikir fikirkan dan selamat beramal....hehehehe

Kasut Flat.....



Baru beli kasut flat yang baru.... yang sukanya kasut flat ni senang nak jalan,laju2 pun tak apa. .apa lagi kalau belari....lebih mudah lagi betis tak la sakit macam guna kasut tumit tinggi... kalau boleh aku nak buat koleksi kasut flat ni..hehe...sebenarnya ada banyak dah..tapi jarang kena guna....tesimpan orang lain saja yang guna saru
ng d kaki dorang..... hmmmmm....

selain ringan kasut flat ni sesuai diguna dalam mcam2 keadaan termasuk u
ntuk ke kelas dan untuk ke ofis....sangat selesa... cuma kadang tu...belakang kaki luka...




aku suka memandu guna kasut flat...kalau nak guna heel atau sandel memang aku tak selesa.... kadang kalau tak guna flat aku l
ebih selesa bekaki ayam saja...hehe...sebab ada banyak keburukan guna sandel atau heel memandu..... bila memandu guna sandel ni kadang tesangkut di padel clutch susah dan bahaya....so aku syorkan gunala flat...lagi kemas...selesa dan tak berisiko....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...