Wednesday, December 22, 2010

Rahsia mata dan pemikiran

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tidak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, kerana kosentrasi dia sangat kuat sekali. orang ini sangat berpotensi menjadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang...

2. Jika renunga matanya tajam macam renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikirannya dengan syarat matanya kurang berkedip . Dan dia ada dua sifat ekstrem samada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang bebuat demikian....

3. Mata sering berkedip seolah2 ada habuk masuk mata. Orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu...

4. Renungan mata yang lemah (kuyuh), menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem industan... heheheh....

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak atau sangat jahat dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar. mata jenis ini banyak dimiliki oleh orang barat...

6. Jenis matanya renungan tak tajam, tapi renungannya seolah2 nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat.. biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak berkedip , nak tahu jenis mata ini... lihat Dr. Fazilah Kamsah dan Dr Mahathir dan ramai orang jepun memilikinya...

7. Mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam pemikirannya dan tak bercahaya matanya....

8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya. jaga2 orang ini kaki belit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. sukar dipercayai dan dibuat kawan....hehehe


sekadar untuk hiburan dan bahan bacaan... hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...