Sumber rujuk : Penulis Hishamuddin Hj Yaakub(Karangkraf)
Penuaan otak memang merupakan proses semula jadi. Ianya terjadi seiring
dengan pertambahan usia sesesorang walaubagaimana pun terdapat juga punca
lain menyebabkan otak tua sebelum waktunya.
Penuaan dikenalpasti dengan penurunan kemampuan seseorang dalam
memahami perkara-perkara baru, kemampuan intelek, daya fokus dan daya
ingat. Jika terjadi dikalangan orang tu , ia diabaikan kerana dianggap biasa.
Golongan muda juga tidak terkecuali mengalaminya. Punca-punca yang
dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Terlalu banyak ubat-ubatan atau terlalu sedikit atau kombinasi beberapa
ubat.
2. Gangguan metabolisme seperti disfungsi tirod, anemia dan difiensi nutrisi
juga akan memberi kesan pda fungsi mental.
3. Otak juga sangat sensitif pada jangkitan virus, bakteria dan kulat yang
menyebabkan masalah pikun atau demensia.
4. Tekanan (stress) akan menghasilkan hormon kortisol. Penghasilan
hormon Kortisol ini dalam jumlah yang kecil akan memperbaiki daya ingatan
tetapi sebaliknya jika jumlah besar akan menghilangkan neuron dalam
hipokamus iaitu salah satu bahagian otak.
5. Pencemaran udara juga penyumbang kepada kerosakan otak yang
menyebabkan penuaan ini. Contohnya menghirup ufara yang mengandungi
karbon monoksida, aluminium timah, nikel dan memakan ikan laut yang tercemar
dengan bahan merkuri.
BAGAIMANA MEMUDAKAN ‘OTAK’?
• Kurangkan pengambilan kalori dan lemak tepu (untuk melambatkan
penuaan otak);
• Latihan aerobik fapat mengurangkan atrofi otak. Kajian menunjukan
mereak yang melakukan senaman jalan pantas sekurang-kurangnya 45
minit tiga kali seminggu akan melambatkan penurunan kemampuan
kognitif;
• Tambahkan keinginan untuk mempelajari perkara baru kerana ia melatih
otak untuk terus ‘hidup’;
• Tidur lapan jam sehari akan melindungi daripada penyakit kronik yang
berkaitan denga usia seperti penurundan daya ingatan;
• Bersenam dengan teratur, mengawal kadar lemak tubuh dan tidak
merokok akan menjaga pembuluh darah agar sentiasa terbuka untuk
menerima bekalan oksigen dan nutrisi ke otak. Ini juga dapat mengurangi
risiko strok dan penyakit jantung.
No comments:
Post a Comment