Kehidupan adalah cubaan
Didunia yang penuh cabaran
Hamparan sebuah bulatan
kau berjalan..........
melangkah kaku...
mencari sinar yang membeku
lalu kau memijak tanah
dengan penuh waspada
dengan penuh harapan
dengan penuh perasaan
mengenggam tangan......
Segalanya ada di hadapan
namun masih samar hampir tak kelihatan
segalanya seakan khayalan
yang memerlukan semangat
seorang hamba Allah yang teguh imannya
untuk mencapai segala impian dan cita
walaupun telah berkali mencuba
namun kegagalan juga yang tiba
dan kau hampir berputus asa....
Kali ini..........
kau bangkit menyahut seruan
tanpa keluhan
hati kau tabahkan
kau pohon doa perlindungan
kau pohonkan keampunan
kau menadah tangan
tanda kesyukuran
kerana masih diberikan peluang
untuk meneruskan perjalanan........
Originally by : umie
No comments:
Post a Comment