Thursday, December 30, 2010

Penawar sakit kepala




Aduh............Sakitnya kepala ku....ni asal sakit kepala mesti tak dapat bagun,,rasanya teruk betul...kadang2 sampai termuntah sebab sakit kepala ni....
ni aku kongsikan penawar sakit kepala yang boleh kita amalkan bersama....:

1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini:
  • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
  • kemudian basahkan kepala dengan air daun sirih tersebut sambil memicit2 kepala selama 15 minit.
2. Tumbuk 6 helai daun sawi hingga lumat. campurkan dengan sedikit garam,lumurkan serta gosokkan perlahan- lahan pada dahi dan pelipis.

3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut menjadi lembut.

4. Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar sehingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. biarkan semalaman.'

5. Rebus sebiji kulit manggis denga 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya...

inilah antara petua orang2 tua yang diamalkan sejak turun termurun...sebab semua ni lebih jimat, berkesan dan tiada kesan sampingan yang berbahaya....hehehe....

Sunday, December 26, 2010

Nilai Sebuah Persahabatan

* Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas. Dakwat memberi erti apabila tercatatnya di atas kertas.

* Persahabatan itu umpama kuku dan jari. Tanpa kuku jari tiada seri.

* Persahabatan itu umpama daun dan bunga. Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik.

* Persahabatan itu umpama nasi dan lauk. Tanpa keduanya hilangla selera laparla perut.

*Persahabatan itu umpama gincu dan bibir. Calitkan gincu agar bibir terserlah keayuaannya.

* Persahabatan itu umpama deria manusia. Tanpa salah satunya, hilangla nikmat rasa.

* Persahabatan itu terjalin antara kita jangan diputuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.

Aku mahu jadi sahabatmu, aku mahu jadi pendengarmu,aku mau sentiasa bersahabat walau apa pun terjadi kerana semuanya sahabat sejatiku.

Friday, December 24, 2010

Lirik Lagu Takkan Pisah

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

repeat reff:

True Love



Aku membuang pandangan ku jauh2 keluar tingkap... semua kenangan yang dulu pernah kita ciptakan bersama bermain difikiranku... semuanya bagai satu mimpi.... sungguh cepat masa berlalu semua kenangan itu cuma menjadi memori indah antara kita.... moment2 itu ku rakamkan dalam minda..hati dan jiwaku...walau tiada backup pun masih mampu untuk dikenang...tak mungkin terhapus.... kita sang pencinta yang menghakimi kehidupan dan jalan cerita cinta kita.......

Thursday, December 23, 2010

Tinggalkan Masalah anda Sebentar

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang stress management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya. "Berapa beratkah segelas air pada fikiran anda semua?".. Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram...

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan betambah.

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya". "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengankatnya lagi". Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini. Cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat, ambilla kembali...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.......hehe

Kedamaian Hati adalah Kedamaian Sejati

Seorang raja mengadakan sayembara dan akan memberikah hadiah kepada sesiapa saja yang mampu melukis tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi hadiah pertandingan tersebut. Sang raja berkeliling melihat- lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang benar - benar disukainya. Tapi sang raja harus memilih satu di antara kedua- duanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga bagaikan cemin sempurna yang memantulkan kedamaian gunung ganang yang tenang menjulang disekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak- arak. Semua yang memandang lukisan tersebut akan berpendapat bahawa itulah lukisan terba
ik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua juga menggambarkan tentang kawasan pergunungan. Namun tampak kasar dan gondol. di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunya hujan badai dan petir sambung menyambung. Di sisi gunung ada air terjun deras yang berbuih2, sama sekali tidak menampakan ketenangan dan kedamaian.

Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian raja. Dibalik air terjun itu tumbuh semak- semak kecil di atas sela- sela batu, di dalam semak - semak itu seeokor ibu pipit meletakkan sarangnya. Jadi, ditengah- tengah riuh ren
dahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar- benar damai.

Kalau saudara pembaca, lukisan manakah yang rasa- rasanya memenangi pertandingan itu? Bagi sang raja, baginda memilih lukisan kedua. Tahukah anda mengapa? Kerana jawab sang raja. "Kedamaian bukan bererti anda harus berada ditempat yang tanpa kekacauan, kesukaran atau pekerjaan yang teruk atau sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun anda berada di tengah huru - hara luar biasa.

moral : Kedamaian hati adalah kedamaian sejati...........
fikir fikirkan dan selamat beramal....hehehehe

Kasut Flat.....



Baru beli kasut flat yang baru.... yang sukanya kasut flat ni senang nak jalan,laju2 pun tak apa. .apa lagi kalau belari....lebih mudah lagi betis tak la sakit macam guna kasut tumit tinggi... kalau boleh aku nak buat koleksi kasut flat ni..hehe...sebenarnya ada banyak dah..tapi jarang kena guna....tesimpan orang lain saja yang guna saru
ng d kaki dorang..... hmmmmm....

selain ringan kasut flat ni sesuai diguna dalam mcam2 keadaan termasuk u
ntuk ke kelas dan untuk ke ofis....sangat selesa... cuma kadang tu...belakang kaki luka...




aku suka memandu guna kasut flat...kalau nak guna heel atau sandel memang aku tak selesa.... kadang kalau tak guna flat aku l
ebih selesa bekaki ayam saja...hehe...sebab ada banyak keburukan guna sandel atau heel memandu..... bila memandu guna sandel ni kadang tesangkut di padel clutch susah dan bahaya....so aku syorkan gunala flat...lagi kemas...selesa dan tak berisiko....hehe

Wednesday, December 22, 2010

For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my Love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
...Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO...
And there a couple words I want to say

✿ Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...Loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I thank Allah for open my eyes
Now and forever I..
I`ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I found myself so strong
Everything changed when you came along
OOOOO
And theres a couple word I want to say

✿ Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...Loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you..
I know that deep in my heart

Now that you`re here
Infront of me I strongly feel Love
And I have no doubt
And I`m singing loud
That I`ll love you eternally

✿ Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...Loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you..
I know that deep in my heart ..............

P/S >>> My Dear Mohammad Yassin
the is for u.... I mean It... form deep of my heart...
Love u much.....

Rahsia mata dan pemikiran

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tidak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, kerana kosentrasi dia sangat kuat sekali. orang ini sangat berpotensi menjadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang...

2. Jika renunga matanya tajam macam renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikirannya dengan syarat matanya kurang berkedip . Dan dia ada dua sifat ekstrem samada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang bebuat demikian....

3. Mata sering berkedip seolah2 ada habuk masuk mata. Orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu...

4. Renungan mata yang lemah (kuyuh), menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem industan... heheheh....

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak atau sangat jahat dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar. mata jenis ini banyak dimiliki oleh orang barat...

6. Jenis matanya renungan tak tajam, tapi renungannya seolah2 nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat.. biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak berkedip , nak tahu jenis mata ini... lihat Dr. Fazilah Kamsah dan Dr Mahathir dan ramai orang jepun memilikinya...

7. Mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam pemikirannya dan tak bercahaya matanya....

8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya. jaga2 orang ini kaki belit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. sukar dipercayai dan dibuat kawan....hehehe


sekadar untuk hiburan dan bahan bacaan... hehehe

Saturday, December 18, 2010

Tinta Hati

Hari demi hari...aku menghitung tiap detik dan waktu yang berlalu....aku nanti saat itu tiba.. dimana kita akan bersama membina kehidupan... cinta kita.... cinta yang ku anggap sejati... ku doakan akan terus abadi hingga ke akhirnya.... aku banyak belajar mengenai kehidupan ini semenjak kita bersama...macam - macam yang kita lalui bersama...dan aku rasa semua ini membuatkan kita jadi lebih mengenal kehidupan dan menjadi lebih matang..... mungkin kita tidak pernah menyedari bahawa kita sedang diuji..... aku sayang kan kau...biar bagaimana pun sikap ku terhadap mu....aku selalu menantimu.....cinta antara kita......

Sunday, December 12, 2010

K.I.T.A

10 dec 2010.............. kita gaduh....ini semua salah aku....aku selalu memaksakan keadaan... aku tidak pernah kisah keadaanmu.... maafkan aku..... sudah 2 hari kita tiada behubung....aku rindu....aku mahu mendengar suaramu....

...................................................

aku tidak pernah berniat untuk permainkan cinta kita....sikit pun tak pernah.....
aku cuma mahu kau mendapat kebahagiaan yang selayaknya....
kau kata aku tak pernah fahami kau.... ya,aku mengaku itu.... tp aku mencuba untuk memahami...
kau kata aku memberi harapan..... tapi selalu juga mematikan harapan..... TIDAK....aku tak pernah berniat untuk lalukan semua itu....
kau kata aku selalu marah bila kau berjalan2.....aku cuma risaukan kau.....maafkan aku...
kau kata aku tak mahu terima kesalahan yang aku buat..malah selalu menyalahkan kau.... aku cuma mahu kau mengalah sekali untuk aku......
kau kata aku selalu mengungkit masa lalu..... aku cuma ingin mengingatkan agar semua itu tak berlaku akan datang......
kau marah.....kau ingin menyendiri....tapi aku tak boleh...aku tak boleh lalui walau sehari tak bersma dengan mu..... kau matikan telefon...mungkin perlukan masa untuk tenangkan diri.....
tapi aku.....setiap detik melihat telefon...aku tunggu mesej atau calling dari kau....tak pernah telefon jauh dari aku...aku tak mau terlmbat membalas mesej atau tak jwab bila kau call.....
aku selalu tunggu kau....mungkin kau tak tau....

aku sedih....................aku nangis...................aku rindu kau................
pa......................mama sakit.....sakit sangat.....tp papa tiada ngn mama..........mama mau papa selalu ada ngn mama.......mama cinta sama papa.......

Tuesday, December 7, 2010

AKu bebaskan cintamu

Aku benci pada semua perasaan yang ada dalam diri ku...aku seksa dia dan dan diriku....aku ingin bebaskan cintamu...mungkin itu akan buat kau lebih berbahagia...cinta yang cuma harus memberi tanpa harus menerima.... kau takkan pernah menyesal jika tidak memiliki cintaku.... aku cuma insan biasa yang punya perasaan yang pelbagai2..yang bisa berubah2 mengikut masa dan keadaan... hidup yang penuh liku dan cabaran.... ini sangat berat untuk ku... aku sudah sangat penat untuk laluinya.... aku mahu kau mengerti.... aku juga ingin dihargai.... aku jadi terlalu lemah bila hidup kita diuji.... aku jadi kelam kabut, x tahu nak buat apa.... tertekan........ jiwa kacau..... kau pula, biarkan aku sendri, berfikir... cari jalan penyelesaiannya.... mungkin kau juga sedang tertekan... cuma cara mu dan cara ku berbeza.... mataku selalu banjir kerana tak tahu apa nak buat untuk lalui semua ni selain menangis,,, sedangkan kau masih boleh tenang menghadapinya.....

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

mungkin aku tidak layak untuk cinta dan sayangmu..... mungkin juga aku harus menerima kenyataan yang jodoh kita tiada...sedang aku sering memaksakan ia..... aku benci dengan diriku sendiri.... aku merasa tak layak untuk bahagia...kerana aku tak pernah bahagiakan kau....
aku ingin pergi dari hidupmu...dan bebaskan cintamu.... aku rela hidup sendiri dan menderita.... aku ingin memberikan semua kegembiraan dan kebahagiaanku juga hidup dan kehidupanku untuk mu..... aku tak akan menganggap bahawa aku bertemu dengan org yg salah........

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Ya Allah ya Tuhanku... engkau pertemukanla dia dengan sebaik2 hawa yang telah engkau cipta kan..... bawa aku jauh dari kehidupannya..... agar dia bisa merasa kebahagiaan dan nikmat kehidupan yang hakiki......... AKU BEBASKAN CINTAMU.....

Sunday, November 21, 2010

kisah kasih

Rasanya sudah cukup lama aku tidak post something diblog ni... hampir 3 bulan aku tidak on9...alhmdulillah..masalah dah selesai...sekarang aku sudah boleh merasa ketenangan..
apa yang penting sekarang aku mesti cari kerja untuk kebaikan...... sesuatu yang mesti aku lakukan berusaha untuk merasa tenang...cuba mengubati hati dan fikiran.....

.....................................................

Jika aku ditanya tentang cinta,hati, dan fikiran....aku lebih yakin untuk menjawab tentang kehidupan.... cinta itu sukar tapi membahagiakan....sedang hati itu kadang kala keras dan kadang lembut dalam mentafsir agenda....kala fikiran itu cuma dikuasai oleh persaan.... cerita tentang kehidupan...mungkin masih banyak yang Allah telah tentukan yang belum dilalui, yang belum benar2 menguji cinta,hati,dan fikiran..... aku ingin mencinta dan dicintai dia.....pada kesabarannya dan kesabaranku..dalam sayangnya dan sayangku.... dalam rindunya serta rinduku.... aku ingin hidup disampingnya.... selalu merasa kebahagiaannya....deritanya...kesusahannya....sedihnya...gembiranya.....aku ingin jadi suri hidupnya....jadi yang 1 di hatinya.....

.................................................

untuk dia.......

Tuesday, September 28, 2010

MELUPAKAN

Dalam kesibukkan ku mencari keja...aku sudah lupa sikit2 mengenai masalah
peribadi itu...hehe... insyaAllah...jika aku ikhlas mesti Allah tolong untuk cari jalan penyelesaiannya.....
tp yang bikin sakit jiwa ni..keja2 d iklankan d akhbar ni kebanyakkannya mesti pandai
bahasa cina.....jadi yang tak tau cina apa la jadi.....nasib cina jak..kalau india pun d mau juga
alamat tiada org melayu keja....semua buka bisnes sendri....huhu
teruk betul la.....langsung x bagi peluang.....

Sunday, September 26, 2010

DEMAM

ari ni demam dah makin teruk...suara dah jadi rock...
pergi hospital tadi, adaka patut kena suruh balik..
sebab ramai orang yang nak kena rawat,ada 2 eksiden
d daerah kinabatangan ni tadi...
sudah la aku tak tahan sudah tadi...sakit kepala lagi
sakit perut lagi...kalau mati sudah kali baru dorg layan...
teruk ba hospital kinabatangan ni.....mau buat aduan ni...

Saturday, September 18, 2010

KASIH

Tadi kita keluar jalan besama...
awk genggam tangan sya mcm tak nak lepas...
saya tau awak syg sgt ngn sya...
walaupun kdang kalau awk marah..
awk tinggikan suara....
tp,,,sya tau.....awak tak smpai hati tgk saya nangis
sbb kalau saya nangis...awak pun ikut nangis juga...
hati awak lembut....saya tau...saya kenal awak....
saya sayang sangat dengan awak...

msa kita mkn besama...
sya tau,awak tgk sya...
tp saya buat x tau...
sya beselera nak mkn kalau awak ada ngn sya
sbb awk suru sya mkn mcm2 kalau ngn awak..

tadi...kita gaduh sbb sya nak tgk telefon awak,
tp awak tak bagi....awk ingt sya curiga..
awak marah sbb kata tak adil
sbb sya ada fb,ada friendster ada mcm2 laman sosial
saya bebas saja begaul dgn mana2 lelaki...
sedangkan awak....awak tak pernah dah begaul ngn kwn2 pempuan
tp,awak x tau....sya tak layn sembarang lelaki...
sbb kat hati saya cuma ada awak sja
dan kwan2 sya semua dah tahu yg saya ada awak...
saya rindu awak kata awak rindu kat saya....

cinta kita terhalang...dan awak dah nak betolak ke negeri org esok
saya sedih sgt sbb awk akn tinggalkan saya sorang2 kat sini
sya nak jerit kuat2..."AWAK JGAN PERGI,JGN TINGGALKAN SAYA SENDRI"
tp saya cuma jerit dalam hati awak tak dgr...
tp,sya tak boleh halang awak..
sbb awk pergi tuk hidup kita...
awk janji akn dtng ambil saya kat sni...
saya janji...saya akan tunggu awak....
kasih saya hanya untuk awak....

Td lepas awk hntr saya balik...
saya nak sgt peluk awak kuat2...
sya nak bgtau awak..."SAYA CINTAKAN AWAK SEPENUH HATI SYA"
tp,sya x ckp..sbb dari mata sja sya pasti awak tau isi hati sya...
sya sedih sgt...sya tak nak berpisah jauh dgn awak...............

JUST FOR YOU.....18/09/2010.... 2148pm

Friday, September 17, 2010

SAYANG "MESEJ"

"Ma....apa yang patut papa buat
baru dorg terima papa?...."

.........sayang....aku tidak tahu.........
aku tidak ada jawapannya......
biarla Allah yang tentukan semua ini
mcm mana akhirnya........kita berusaha
saja untuk betulkan semua ini.......

KENYATAAN

Kadang2....aku lemah betul....susah mahu terima kenyataan hidup ini...rupanya semakin kita dewasa,makin banyak yang harus kita lalui....tapi..kuatka juga aku untuk tempuhi semua ini...
kalau la kita boleh jadi kanak2 saja....tapi itu mustahil....dulu masa kecil2 selalu mau jadi dewasa..gembira tengok orang pergi kerja...bahgia juga bila tengok orang kawin dan bahagia...rupanya kenyataan hidup itu banyak pahit manisnya....

............................................

Apa la mugkin cerita hidupku ni...sampai sini saja,lemah sudah aku untuk tempuhinya....macam mana kalau nanti ada yang lebih pahit untuk ditelan.....Ya Allah....mungkin saja,kalau aku selalu dekat padaMu,aku akan merasa ketenangan dalam hidupku....sampai sekarang....aku belum temui ketenangan yang aku cari...... Ya Allah...pimpinla daku untuk menempuhi semua ini....aku hambaMu yang sangat lemah ya Allah....aku ingin mencari ketenangan itu....
Cerita hidup ini masih panjang....aku harapkan ada hikmah dibalik semua ini.....seksanya aku rasa begini......cuma Allah yang benar2 mengerti rasaku....dia yang lebih Mengetahui dan mendengar suara hati yang tidak dapat diluahkan pada sesiapa pun.....aku harap..ada sinar baru dalam hidupku yang semakin gelap dan jauh dari jalan Mu ya Allah....

......................................................

Dalam perjalanan ni....aku percaya suatu hari nanti akan ada kegembiraan dalam hidupku......bukan bermaksud aku tidak pernah gembira.....mungkin kerana terlalu memikirkan kedukaan itu....aku biarkan hatiku diselubungi kesedihan...ku biarkan jiwaku dipalit keresahan.....ku selimuti fikiranku dengan ketidakwarasan yang mengganggu,hingga aku lupa makna percaya...makna kasih sayang yang sebenarnya....aku tipu diri sendiri dan dirinya..kerana mahukan layanan yang lebih baik dari dia,aku sanggup sakiti diri sendiri....tanpa aku sedar,sebenarnya aku juga sakiti dirinya........maafkan aku ya sayang.....aku khilaf....sedangkan kau sendiri dalam masalah,aku pula tidak habis2 menyusahkan hatimu....aku cuma kagum dengan kekuatan hatimu,,,,boleh "cool" sedangkan masalah yang kita lalui ini boleh dikategorikan masalah besar....dan ditambah dengan masalah yang membabitkan dirimu dan itu juga masalahku kerana masalahmu,,,masalahku juga....aku sayang sangat dengan dirimu sayangku....dan kau juga yang selalu mengingatkan aku bahawa semua ini pasti ada hikmahnya.....INSYAALLAH....kita akan temui jalan penyelesaiannya......................Aku sayang dan aku pasti cintakan kau.............(Abg...Bie...papa)............walaupun mugkin nanti semua ini hanya kenangan dalam hidup kita.....

JANGAN TINGGALKAN AKU

Seboleh- bolehnya....aku tidak mahu tidur....aku tidak mahu masa cepat berlalu..
aku tidak mahu menghitung hari untuk menghantar perjalanannya....
bila dia pergi mencari hidupnya...tinggallah aku sendiri di sini belajar untuk hidup tanpa dia..
belajar untuk berjauhan dari dia......aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia....
berdoa akan keselamatannya....kegembiraannya.....aku berdoa pada Allah...apa yang jadi antara kami ada hikmah yang tersimpan disebaliknya....limpahkan kami dengan rahmat dan redhamu ya Allah....agar semua ini kami tempuhi dengan sabar dan berusaha untuk perbetulkan segala yang silap telah kami lakukan.....amin....ya rabbala'lamin....

Thursday, September 16, 2010

BERI AKU PELUANG

Aku mohon...bagi aku peluang untuk buat keputusan untuk hidupku..
aku tau...tiada orang tua yang sanggup lihat anaknya menderita...
bagila aku peluang untuk tentukan jalan hidupku....
tolong percaya pada aku....aku berusaha untuk ikut semua kemahuannya
bagila aku peluang untuk bahagia...merasa ada kehidupan sendiri..

tidakka ibu bapa itu menyesal kalau keputusan yang mereka cipta tuk kita
dan kemudian anaknya terseksa dengan kehidupannya.....
aku pasti mereka akan menyesal.....
tp....jika selepas ini kehidupanku menderita atau bahagia
dan semua itu atas keputusanku sendiri....aku tidak akan menyesal..
kerana aku memilih untuk menempuhinya....terimala jika ini jalan hidupku
sepertimana aku menerima semua ini dengan ikhlas dan redha.....jika begini yang telah
dicatatkan buatku,....terimala.....

MESEJ

"Apa yang kau mau syg?? ckp dgn aku....
aku tidak dapat faham jika begini"

"Maafkan aku syg....aku sebenarnya tidak mau
kau jauh dari aku.....tp,aku tidak akn menghalang
jalanmu.....jalan yang terbaik untuk hidupmu..
biarla aku di sini.....belajar untuk menerima kenyataan ini....
pergila....aku tetap tunggu kau.....maafkan aku...."

Wednesday, September 15, 2010

Cry

"sayang...........kenpa egomu tinggi....
apa salah dan kurang ku pada mu...
aku tau kau sayang aku....
tapi kau tidak mau tunjukkannya...."

Tuesday, September 14, 2010

DUHAI CINTA

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Elakkan otak tua sebelum waktunya

Sumber rujuk : Penulis Hishamuddin Hj Yaakub(Karangkraf)

Penuaan otak memang merupakan proses semula jadi. Ianya terjadi seiring
dengan pertambahan usia sesesorang walaubagaimana pun terdapat juga punca
lain menyebabkan otak tua sebelum waktunya.
Penuaan dikenalpasti dengan penurunan kemampuan seseorang dalam
memahami perkara-perkara baru, kemampuan intelek, daya fokus dan daya
ingat. Jika terjadi dikalangan orang tu , ia diabaikan kerana dianggap biasa.
Golongan muda juga tidak terkecuali mengalaminya. Punca-punca yang
dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Terlalu banyak ubat-ubatan atau terlalu sedikit atau kombinasi beberapa
ubat.
2. Gangguan metabolisme seperti disfungsi tirod, anemia dan difiensi nutrisi
juga akan memberi kesan pda fungsi mental.
3. Otak juga sangat sensitif pada jangkitan virus, bakteria dan kulat yang
menyebabkan masalah pikun atau demensia.
4. Tekanan (stress) akan menghasilkan hormon kortisol. Penghasilan
hormon Kortisol ini dalam jumlah yang kecil akan memperbaiki daya ingatan
tetapi sebaliknya jika jumlah besar akan menghilangkan neuron dalam
hipokamus iaitu salah satu bahagian otak.
5. Pencemaran udara juga penyumbang kepada kerosakan otak yang
menyebabkan penuaan ini. Contohnya menghirup ufara yang mengandungi
karbon monoksida, aluminium timah, nikel dan memakan ikan laut yang tercemar
dengan bahan merkuri.
BAGAIMANA MEMUDAKAN ‘OTAK’?
• Kurangkan pengambilan kalori dan lemak tepu (untuk melambatkan
penuaan otak);
• Latihan aerobik fapat mengurangkan atrofi otak. Kajian menunjukan
mereak yang melakukan senaman jalan pantas sekurang-kurangnya 45
minit tiga kali seminggu akan melambatkan penurunan kemampuan
kognitif;
• Tambahkan keinginan untuk mempelajari perkara baru kerana ia melatih
otak untuk terus ‘hidup’;
• Tidur lapan jam sehari akan melindungi daripada penyakit kronik yang
berkaitan denga usia seperti penurundan daya ingatan;
• Bersenam dengan teratur, mengawal kadar lemak tubuh dan tidak
merokok akan menjaga pembuluh darah agar sentiasa terbuka untuk
menerima bekalan oksigen dan nutrisi ke otak. Ini juga dapat mengurangi
risiko strok dan penyakit jantung.

Sunday, September 12, 2010

Sayu...


Sayu plak hatiku bila tgk seseorang menangis kerana seseorang.....aku sedih bila orang lain sedih dan meluah dengan aku.....aku sedih sebab aku pun rasa perasaannya....aku pun tak tau kenapa begitu....mungkin sebab kami selalu kongsikan rasa sedih dan gembira kami bersama.....aku sayang dia mcm mak aku sendiri....setiap kali dapat jumpa dia..aku rasa mcam aku jumpa mak sendiri...setiap kali aku jumpa dia juga....dia peluk aku mcm anaknya sendiri.....sayunya aku rasa....
asal bercerita...mesti matanya berair.....mungkin kerana terlalu sedih...setiap kali itu juga aku kuatkan hati untuk tidak menitiskan air mata...aku tidak mau menambahkan kesedihannya.....
pernah sekali tu,aku menagis..kerana aku sudah tidak dapat lagi menanggung perasaan sedih itu...dapat bercakap dengannya melalui telefon sja pun sudah cukup buat hatiku tenang....dia bisa buat aku yang lemah ini bersemangat dengan nasihatnya....cuma berserah pada ketentuanNya....
BESABAR.....SABAR.....dan SABAR......memang sabar sebenarnya tiada hadnya.....aku yakin
dan dia meyakinkan aku bahawa semua kesediahan dan kedukaan ini akan ada balasan kebahagiaan dan kegembiraaan kelak.......aku yakin....YAKIN...dan TAWAKAL atas semua ini....PERCAYA PADA JANJI ALLAH PADA KITA.....IKHLAS TERIMA SEGALA KETENTUANNYA......aku REDHA.......

Saturday, September 11, 2010

Rayaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilifitri..maaf zahir dabn batin....pagi syawal hari tu...rasa sayu sgt....ntah knpa...raya masa kita tuk bergembira....tp sedih la plak....aku tak tau la kenpa...tapi bila ampun dan maaf tu dipohon kita rasa tenang saja...rasa mcm lapang saja dada ni..mungkin sebab salah dan silap kita diampunkan dan dimaafkan oleh orang yang telah kita sakiti....tapi kenapa aku masih rasa aku mesti pertahankan semua ini ya....aku tak tau kenapa....tapi kadang rasa macam mau menjerit sekuat hati meluahkan semua yang terpendam....huuuu!.......... aku rindu dia....aku sudah berusaha untuk lupakan dia.....aku TIDAK mungkin boleh lupakan dia........

Tuesday, August 31, 2010

Selamat kembali sayang

beberapa hari ni kami jadi macam dulu balik...gembiranya aku...terima kasih Tuhan....
dia dah kembali seperti dulu,aku harap tiada lagi perubahan yang tak baik berlaku pada dia..
semenjak kejadian malam tu, dia mula sedar kesilapannya...dia mengaku dan kesal kerana mencari jalan pintas tuk hidup ini..sedangkan itu berbahaya.. sedang dia tidak sedar dia sering lukakan perasaanku, keluarganya....aku harap dia bisa memperbetulkan semua ini... jika benar semua ini takdir dan telah dicatatkan begini jalan hidup kita...aku sedia melaluinya bersamamu... aku terima kau seadanya....walaupun ramai yang tidak menginginkan kita bersama...aku tidak tahu,,kenapa setiap kali terdetik di hatiku untuk mencari dimana silap semua ini,,,aku tidak mampu tuk menyalakan mu terus- terusan,kerana aku juga bersalah,sering menanyakan hal itu padamu....

sayang.... bukan kerana cinta saja aku sanggup menunggumu berubah....tp kerana kita sama2 berbuat silap dalam menilai cinta kita...aku ingin perbetulkan semua ini,dan memulakan sesuatu yang baru bersamamu..aku doakan keluarga kita akan sentiasa merestui semua ini..dan menerima takdir ini dengan rela hati......

Terima kasih kerana sanggup besamaku,walaupun aku berubah dan tidak seperti dulu....
tapi cinta,sayang,kasih,rindu.........apa2 saja....masih sama seperti dulu....kemarin...hari ini...dan selamanya.....malah akan semakin bertambah setiap kali cinta kita diuji........

Monday, August 30, 2010

singgah sebentar


Saban hari aku menulis kisah dan luahan di blog ni,aku harap suatu saat ada yang sudi singgah sebentar menjengah ke blog ni untuk dilihat2,atau pun untuk diamati kisah dan cerita yang cuba aku kongsikan.... ku harap suatu saat ada yang dapat jadikan pengajaran dari semua kisah ini... aku bukan saja suka2 untuk menulis atau menceritakannya... jauh sekali dari tujuan untuk mengaibkan orang.....mahupun menjatuhkan maruah orang....tidak sekali2 pun berniat untuk menfitnah...... sebenarnya.. masih banyak yang belum aku ceritakan....suatu saat aku pasti akan ceritakan semua.....


mie,,,,,

Jika aku diberikan peluang

Ya Allah...... jika begini takdir yang mesti aku lalui...aku redha...

jika aku diberi peluang untuk perbetulkan semua ini, aku kan pastikan semuanya dalam keadaan yang betul... aku menyesal atas apa yang telah berlaku...aku kesal atas perbuatan sendiri...
jika aku diberikan peluang...akan aku cintai yang mencintaiku,yang setia menanti,walaupun telah berkali ku lukai....akan aku bawa dia menuju syurga cinta yang selama ini ku cari2... jika aku diberikan peluang...akan aku tebus segala kesalahan pada ibu, ayah,,,,yang selalu menyayangi dan mendoakan anaknya ini.... jika aku diberikan peluang....akan aku bina kehidupan yang lebih baik dan jauh dari semua perkara yang telah aku lakukan ini...aku ingin kembali kejalanMu Ya Allah...berila aku peluang....agar aku bisa perbetulkan silapku,dan menebus segala salahku....
aku khilaf ya Allah..... Terangila jalanku dengan cahayaMu.... Ampunkan la aku yang sering melupakanMu.....

Sayang.......ini untuk kamu.....

Sunday, August 29, 2010

Belajar Mencintai

Ketika kita betemu orang yang tepat untuk dicintai,ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itula kesempatan... ketika kita betemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik,,itu bukan pilihan itula kesempatan.. bertemu dalam satu peristiwa bukanla pilihan..itupun adalah kesempatan... Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tesebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan,itu adalah pilihan... Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walau apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.. Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya..itulah pilihan....

Perasaan cinta,simpati , tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.. pilihan yang kita lakukan...

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada satu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaiamana membuat semuanya berhasil".....
Pasangan jiwa bisa benar- benar ada.. Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu... Tetapi tetap kembali padamu...

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak.......
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan...

Kita ada di sini, bukan untuk mencintai seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.....

>> Tak tau sapa penulisnya.......

Saturday, August 28, 2010

Hikmah

Ya Allah............ satu persatu Engkau ujikan keatas kami.... berikanla kekuatan kepada kami hamba2mu ini untuk menempuhinya,...sesungguhnya Ya Allah...kami yakin pada janji Mu...ada hikmah disebalik semua ini......semalam juga Allah sedang tunjukkan pada dia,apa yang dia lakukan itu salah...ada juga insan lain yang cuba sedarkan dia... tapi belum sampai 1 hari semua ni berlaku,aku sudah tak sanggup lagi plak kalau teingat2 apa akan jadi lepas ni....

Aku akan sentiasa mendoakan dia...aku doakan dia sentiasa dilindungi oleh Allah,mendapat petunjuk dariNya... sedarla sayang,,,,kita cuma hamba yang lemah...kita tidak mungkin dapat melawan ketentuanNya.....

Masa ke bazar tadi,aku tengok kereta tu, Ya Allah,,,aku jadi sedih....dulu senang jak kereta tu datang ambil dan hantar aku.... kereta tu juga yang banyak kenangan yang tak mungkin kita lupakan.... aku harap boleh la ia ditebus......

Ya Allah,,,, seolah2 aku tidak sanggup pun untuk ini semua...... mana lagi banyak hati yang hancur untuk semua ini...... Tabahkan la hati- hati ini ya Allah.....

Monday, August 23, 2010

Rumit

Hari ni masuk hari yang ke-13 kita berpuasa.. terasa cepat sangat masa berlalu..bapa plak selalu mengadu sakit dada..mak yang tak pernah berhenti berdoa buat kami semua.. lepas solat subuh tadi,aku lansung tak rasa ngantuk lagi... aku ingat aku nak cerita sedikit mengenai kehidupan..
layakka aku untuk bercerita mengenainya.. Jika saja aku dapat meluahkan segala yang terkandung dibenakku ketika ini,aku pasti ramai yang akan menganggap aku sudah tidak waras..aku derhaka pada kehidupan dan kepada mereka berdua insan yang seharusnya aku kasihi dan aku jaga sepertimana mereka menjaga dan mengasihiku sewaktu kecil ku... Mak, bapa.... maafkan saya...
Aku terasa perit didada untuk aku ceritakan semuanya..fikiranku jadi berasak2 untuk aku fikirkan jalan penyelesaian untuk semua dugaan ini..aku rasa lemah sangat dalam menempuhinya.. buat mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar2nya,aku harap berhenti dari menekan keadaan......

setiap kali aku ingat balik kejadian malam tu..aku pasti..aku la orang yang paling bersalah dalam hal ini...aku yang memilih jalan ini..dan aku yang seharusnya menanggung akibat dari semua ini..
aku tak kisah jika mereka2 tidak dapat memaafkan aku.. aku cuma harapkan kemaafan dari mereka berdua...yang telah aku sakiti hati dan perasaan mereka...aku pasti tidak dapat memaafkan diriku sendiri.. Aku berdosa dan bersalah pada mereka... Dia yang aku cintai juga..Maafkan aku... aku tau kau sayangi aku..cuma aku harap kita boleh bersama2 dalam menempuhi duagaan ini...aku tidak mau kau berputus asa...aku doakan ada yang lebih baik ditakdirkan buat kita..aku harap kau bisa keluar dari masalahmu sendiri..aku tahu sekasar apa pun kau pada luaran ,tapi hatimu lebih lembut dari hatiku...

Bila jiwa dan fikiranku tidak pernah merasa ketenangan lagi... apakah ini ujian dariNya...
Esok atau ka nanti....mungkin kah semua ni akan berakhir dengan sesuatu yang lebih baik...
aku mengharapkan dan mendoakan sesuatu yang pastinya semua adalah yang sempurna yang telah ditentukan olehMu ya Allah...

airmata yang tidak pernah kering dari mataku,dari hatiku pasti tidak bermakna jika aku tidak mampu untuk menebus semua kesilapan dan kekhilafan ini... Bantula aku ....

Ya Allah...aku bersujud padaMu... Aku ikhlas menerima semua ini.......
Ampuni aku yaAllah..yang sering melupakanMu...

Saturday, August 21, 2010

Kehidupan

Kehidupan adalah cubaan
Didunia yang penuh cabaran
Hamparan sebuah bulatan
kau berjalan..........
melangkah kaku...
mencari sinar yang membeku
lalu kau memijak tanah
dengan penuh waspada
dengan penuh harapan
dengan penuh perasaan
mengenggam tangan......
Segalanya ada di hadapan
namun masih samar hampir tak kelihatan
segalanya seakan khayalan
yang memerlukan semangat
seorang hamba Allah yang teguh imannya
untuk mencapai segala impian dan cita
walaupun telah berkali mencuba
namun kegagalan juga yang tiba
dan kau hampir berputus asa....
Kali ini..........
kau bangkit menyahut seruan
tanpa keluhan
hati kau tabahkan
kau pohon doa perlindungan
kau pohonkan keampunan
kau menadah tangan
tanda kesyukuran
kerana masih diberikan peluang
untuk meneruskan perjalanan........


Originally by : umie

Saturday, August 14, 2010

OKTOBER

Kenangan yang berlalu
hampir hilang dari pandangan
makin jauh tak kelihatan
kenangan datang tak diundang
namun tiada yang lebih manis
semuanya berlaku oktober ini...

Hari demi hari berlalu
waktu semakin pantas
mengejar takdir dalam tempoh
tiada lagi kekakuan
tiada lagi kekalutan
kehampaan hanya dugaan
sekadar melabuh sayap di hujung persinggahan....

Kini bait- bait lagu
sudah tidak bermakna lagi
tiada lagi berdendang
menghanyutkan dalam khayalan
setiap baris
setiap rangkap
ada makna yang tak terungkap
di balik oktober ini....

Puisi ini hanya peneman
syair hati sang perindu
cerita dibulan oktober.....

Hak cipta terpelihara........YASMIE

Friday, August 13, 2010

Maafkan

Kau tahu ku mencintaimu
kau tahu ku menyayangimu
ikhlaskanlah hatimu menyambut kasihku
menerima dengan jiwa
menghargai penuh makna...

Aku lena dalam dakapan cintamu
kau insan istimewa
yang dapat menerima aku seadanya
kita berbeza tapi punya rasa yang sama
kau ku cintai
kau lah kekasih
dan kau lah segalanya
terima kasih dari hati....

Maafkan sikapku padamu
maafkan kesengsaraan yang aku ciptakan untukmu
maafkan keterlanjuran ucapanku
maafkan dari hati dan jiwamu....

luahan rasa cinta yang lara...

Surah Taha Ayat 69








Terjemahan

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu-daya ahli sihir sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaaan, di mana sahaja ia berada".


Kebenaran

Apa pun yang mereka lakukan...pasti kebenaran akan menang...tiada satu pun manusia yang dapat melawan ketentuan dan takdir Allah...aku percaya..jika semua ini boleh kami tempuhi pasti ada kemanisan dipenghujung cerita walaupun perit dipermulaannya...aku rasa berdosa jika aku cuma berdiam diri tanpa menegur kesilapan yang dilakukan di depan mata..kita tidak boleh mempercayaai sesuatu yang bersekutukan Allah...Tapi,,,siapa la aku..aku tidak mampu untuk berkata apa..kerana aku bukan siapa - siapa.... Jika apa yang mereka lakukan ini mereka fikirkan yang terbaik,siapa boleh halang...siapa boleh marah....Biarla Allah yang menetukan segalanya...Biarla jalan dan kisahnya begini....aku sanggup untuk laluinya...Tapi Jangan paksakan aku untuk mengubah hati dan perasaan,,,itu sakit....

Sunday, August 8, 2010

Kisah kita

Assalamualaikum...

hari berganti hari..keadaan kita tetap sama,kita tidak bisa kembalikan masa yang telah lalu
sedangkan aku rindu detik dan saat itu...waktu kita mencipta kenangan bersama..
aku rindukan dirimu yang dulu..aku belajar untuk menerima dirimu yang sekarang...
kau sudah jauh berubah....aku juga...

aku mau kau tahu hatiku yang sebenarnya...
aku mau tahu apa di hatimu juga..

Kita belajar untuk tempuhi suka dan duka kita bersama...kita belajar untuk terima kekurangan dan kelebihan kita....terima kasih kerana masih terima diriku walaupun keadaan ku yang tak menentu..
aku akan terus tempuhi hidup ini walaupun cuma roh ku yang kau lihat memaksa untuk membawa jasad ini....cuma tangisan dan luahan yang bisa aku kongsikan bersama..


Friday, May 14, 2010

Aku bersujud..







ya Allah

kekalkan cinta kami di dunia dan akhirat

ya Allah

masukkan kami ke dalam surga firdaus-Mu

agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya

ya Alah

berikan sentuhan cinta-Mu yang agung

tiada kuasa aku berbuat

kecuali bersujud kepada-Mu

Illahi, setiap kali bila kurenungkan kemurahan-Mu

yang begitu sederhana mendalam

akupun tergugu

dan membulatkan sembahku pada-Mu

Wednesday, May 12, 2010

Cinta








Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

Tuesday, May 11, 2010

Jika ia sebuah cinta



Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar..namun sentiasa bergetar.. ia tak buta namun sentiasa melihat dan merasa ... ia tak menyeksa namun sentiasa menguji.. ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.. ia tidak cantik namun sentiasa menarik.. ia tak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dgn hati... ia tak terucap dgn kta namun sentiasa hadir dgn sinar mata... ia tak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi.. ia mungkin tak suci, namun sentiasa harmoni.. ia tak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.... Jika ia sebuah cinta.... ia tak hadir dgn kekayaan dan kebendaan..namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan....
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...